aachhumm2!..**comelkan**
:D
mangun tdo je, mersin2..
--> sengau sudah~
tapi, x pe lah, sakit itu penawar dose. ;))

nak cari pic bersin ni, terjumpe la plak ni..
ANAS bin Malik RA bercerita, ada dua orang bersin dekat Nabi Muhammad SAW. Baginda mendoakan (tasymit) seorang daripada keduanya, namun tidak mendoakan seorang yang lain. Ditanya alasannya, Rasulullah menjawab: "Sebab yang seorang mengucapkan 'alhamdulillah', sedangkan yang seorang lagi tidak membacanya." (Hadis riwayat Bukhari).
Jadi orang bersin dan tidak membaca alhamdulillah tidak layak didoakan kerana tidak bersyukur nikmat yang Allah SWT kurniakan. Pada hal bersin termasuk antara nikmat daripada Allah yang manfaatnya sangat besar dan mustajab.
Menurut Ibnu Qaiyyim, bersin dapat mengeluarkan wap dari dalam otak yang jika dibiarkan (tidak dimanfaatkan) akan berbahaya. (Kitab Zadul Ma'ad). Bersin adalah mekanisme pertahanan tubuh untuk mencegah masuknya zat luar ke dalam tubuh. Ketika bersin, udara kotor keluar dengan keras melalui hidung dan mulut berkecepatan sekitar 161 kilometer/jam. Dr Michael Roizen, pegawai kesihatan Cleveland Clinics menegaskan, bersin kegiatan positif kerana berfungsi membersihkan faring (rongga antara hidung, mulut, dan tenggorakan). Dalam Syarh Riyadhus Salihin, Syeikh Usaimin mengutarakan, bersin dapat menggiatkan otak dan meringankan tubuh.
Jadi untuk itulah, setelah bersin baca hamdalah, sebagai bukti bersyukur kepada Allah. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jika seorang di antara kamu bersin, ucapkanlah ‘alhamdulillah’ (segala puji bagi Allah). Di samping itu orang yang mendengarnya mendoakan dengan ucapan ‘yarhamukallah’ (semoga Allah merahmatimu), orang yang bersin tadi membaca doa ‘yahdikumullahu wa yusilhu balakum’ (semoga Allah memberikan hidayah dan memperbaiki keadaanmu.” (Hadis riwayat Bukhari).
Bacaan hamdalah adalah doa paling utama. Imam al-Sindi menyatakan, hamdalah mengandungi pengertian dua jenis (fungsi) doa, iaitu menyanjung dan mengingat Allah SWT (zikir), serta mengajukan permohonan agar nikmat ditambah.
Dengan berzikir saja, Allah menjamin akan memperbaiki lebih daripada diminta. Firman-Nya dalam hadis Qudsi bermaksud : “Siapa yang lebih sibuk megingati-Ku (berzikir) daripada meminta sesuatu kepada-Ku, ia akan Aku berikan sesuatu melebihi orang yang memohon.”
Abu Hanifah meriwayatkan: “Bahawa Nabi SAW apabila bersin Baginda menutup wajahnya dengan tangan atau pakaiannya dan dengan demikian Baginda merendahkan suaranya.” Abu Hurairah berkata: “Doakan saudaramu yang bersin sebanyak tiga kali, kalau lebih daripada tiga maka dia sedang flu (selesema).”
skrg nak wat assignment microb. g library td, B. cereus sgt siket dlm reference book. haiya!
searching2 kat tenet ni, lambat lak tenet nye.. hadoi.. dugaan2...
sabar2.. kak yani kate org yg tahan marah tu ciri2 penghuni syurga.. ;))
eh2.. cam bes je nak share kan.. pasal SC last week.. org lain xde SC lagi kot... kitrg ni smgt btol. sbb nak makan. **tajdid niat la ira!** :D
kitrg dgr penceramah ape ek name nye.. huhu.. lupe la.. cakap, pasal ciri2 penghuni syurga..
1 drpd nya menahan marah.. penceramah tu kate, tahan marah sampai sorg pon sekeliling x perasan kite tgh marah.. huhu.. cam makan epal, phtu telan. dah x nampak epal tu..
haish2... layak ke nak masuk syurga?? huhu..
phtu ade la lagi ciri2 lain, x dgr sgt, tgh ngantuk. hehe.. sory kak yani.. ;p









0 org berani lawan cakap:
Post a Comment