BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 14 December 2010

9 muharam (15 dec), 10 muharam, 11 muharam..

copy from Alex med. :)

lu pikirrrr la sendiri!

Sesungguhnya bulan Muharram adalah bulan suci disisi ALLAH kerana ianya termasuk " Asyhurul Haram ( Bulan-bulan Haram ) " yang diharamkan berperang dalam bulan ini. Firman ALLAH :

" Sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH ialah dua belas bulan, dalam ketetapan ALLAH di waktu DIA menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah menganiaya diri dalam bulan yang empat itu

[At-Taubah : 36].



Oleh kerana mulianya bulan ini disisi ALLAH maka Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam menganjurkan berpuasa pada hari `Asyura ( 10 Muharram) dan `Ulama Ahlus Sunnah sepakat berpendapat bahawa pada hari 10 Muharram disyari'atkan berpuasa. Pada awal Islam, puasa `Asyura adalah puasa yang fardhu, namun setelah diwajibkan (disyari`atkan) puasa Ramadhan, maka puasa `Asyura menjadi sunnah, sebagaimana dijelaskan dalam hadith yang berikut


كَانَ يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ يَوْمًا تَصُوْمُهُ قُرَيْشٌ فِى الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُوْمُهُ فِى الْجَاهِلِيَّةِ . فَلَمَّا قَدِمَ الْمَدِيْنَةَ صَامَهُ وَاَمَرَ النَّاسَ بِصِيَامِهِ . فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تَرَكَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ قَالَ : فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ

" Masyarakat Quraisy zaman Jahiliyah berpuasa pada hari `Asyura dan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam juga berpuasa pada hari `Asyura di zaman Jahiliyah. Setelah Baginda (Sallallahu ‘alaihi wasallam) sampai ke Madinah, maka Baginda (Sallallahu ‘alaihi wasallam) berpuasa pada hari tersebut dan menyuruh orang ramai berpuasa. Setelah puasa bulan Ramadhan diwajibkan Baginda (Sallallahu ‘alaihi wasallam) meninggalkan puasa `Asyura, Baginda (Sallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda: Barangsiapa yang mahu, berpuasalah dan barangsiapa yang mahu berbuka tinggalkan puasa”. (Muttafaq ‘alaih, Bukhari (2002) Muslim (1125)



Dan juga hadith yang diriwayatkan oleh Mu`awiyah Radhiallaahu`anhu :

عَنْ مُعَاوِيَةَ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : هَذَا يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ وَلَمْ يُكْتُبِ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ ، وَاَنَا صَائِمٌ ، فَمَنْ شَاءَ فَلْيَصُمْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيُفْطِرْ

Dari Mu`awiyah (Radhiallaahu`anhu), beliau berkata: Aku dengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:Hari ini adalah hari `Asyura, tidak diwajibkan bagi kamu berpuasa tetapi saya berpuasa, maka barangsiapa yang mahu berpuasa dia boleh berpuasa dan barangsiapa yang mahu berbuka, maka dia boleh berbuka ”.(Muttafaq ‘alaih)



Abu Musa Radhiallaahu `anhu berkata : “Asyura adalah hari yang diagungkan oleh orang Yahudi dan mereka menjadikannya sebagai hari raya, maka Rasulllah Sallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Puasalah kamu pada hari itu”

Hadith ini diriwayatkan Imam Al Bukahri 4/244, 7/274, Muslim 2/796, Nasa’i dalam Al-Kubra 2/322 dan Al-Baihaqi 4/289.



KEUTAMAAN `ASYURA

Daripada Abu Qatadah al-Ansari Radhiallaahu `anhu,beliau berkata bahawa Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam telah ditanya tentang puasa 'Asyura` dan Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam menjawab :

صوم يوم عرفة يُكفِّر سنتين: ماضية ومستقبلة، وصوم يوم عاشوراء يكفر سنة ماضية

"Puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) 2 tahun : yang lepas dan yang akan datang, dan puasa pada hari 'Asyura' menghapuskan (dosa) setahun yang lepas" -[Hadith diriwayatkan oleh semua kecuali al-Bukhari dan Tirmudzi, Nailul Autor, 4/323].

Kerana itu, memang sewajarnya Ibnu `Abbas Radhiallaahu `anhu menyatakan : "Saya tidak pernah melihat Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berpuasa pada suatu hari kerana ingin mengejar keutamaannya selain hari ini (Asyura') dan tidak pada suatu bulan selain bulan ini (maksudnya: Ramadhan)." (Riwayat Al-Bukhari (2006), Muslim (1132).



سُئِلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَيُّ الصَّلاَةِ اَفْضَلُ بَعْدَ الْمَكْتُوْبَاتِ ؟ قَالَ : اَلصَّلاَةُ فِى جَوْفِ اللَّيْلِ . قِيْلَ ثُمَّ اَيُّ الصِّيَامِ اَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ ؟ قَالَ : شَهْرُ اللهِ الَّذِيْ تَدْعُوْنَهُ الْمُحَرَّمَ

Telah ditanya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam. Apakah solat yang paling utama selepas solat wajib? Baginda (Sallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda: Solat di jauh malam. Baginda (Sallallahu ‘alaihi wasallam) ditanya lagi: Puasa apakah yang lebih utama selepas puasa Ramadan? Baginda (Sallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda: Puasa di bulan ALLAH yang kamu panggil Muharram”. (Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)



KAIFIAT BERPUASA

[1]. Berpuasa pada hari `Asyura (10 Muharram) sahaja.
Al-Hafidz Rahimahullah berkata dalam Fathul Baari 4/246 :" Puasa `Asyura mempunyai 3 tingkatan, yang terendah berpuasa sehari sahaja, tingkatan diatasnya ditambah puasa pada 9 Muharram dan tingkatan yang tinggi ialah ditambah puasa pada 9 dan 11 Muharram ". Wallahu aa'lam."



[2]. Berpuasa pada 9 dan 10 Muharram :

Tujuannya ialah untuk menjaga puasa ‘Asyura dan tidak menyerupai golongan Yahudi yang juga berpuasa hanya pada hari `Asyura sahaja. Dengan menggabungkan kedua hari ini maka menjadi berbeza dari ajaran Yahudi. Adapun puasa ‘Asyura itu sendiri kerana pada hari tersebut terjadi beberapa kejadian yang baik, begitu juga terjadinya beberapa tanda-tanda kebesaran ALLAH terhadap makhluqNYA, sesuatu yang layak untuk di syukuri. Kebanyakan hadith menganjurkan kita berpuasa dengan kaifiat begini kerana berdasarkan hadith :

يا رسول الله، إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى! فقال: "فإذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا اليوم التاسع" قال: فلم يأت العام المقبل حتى توفي رسول الله صلى الله عليه وسلم

Ya Rasulullah, sesungguhnya hari itu diagungkan oleh Yahudi." Maka Baginda (Sallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda: "Tahun hadapan insya` ALLAH kita akan berpuasa pada hari yang kesembilan.", walau bagaimana pun sebelum datang tahun depan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah wafat."

Dalam riwayat lain :

" Jika aku masih hidup pada tahun depan, sungguh aku akan melaksanakan puasa pada hari kesembilan."



Al-Hafidz Ibnu Hajar berkata dalam kitab Fathul Baari 4/245 : " Keinginan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam untuk berpuasa pada 9 Muharram dapat kita andaikan bahawa kemungkinan Baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam tidak hanya berpuasa pada 9 Muharram sahaja, namun juga ditambahkan pada hari ke 10. Kemungkinan andaian ini dimaksudkan untuk berhati-hati dan mungkin juga agar tidak meyerupai kaum Yahudi dan Nasara, Andaian yang kedua inilah yang lebih kuat, yang ditunjukkan sebahagian riwayat Muslim

" Dari 'Ataa', dia mendengar Ibnu Abbas berkata :
" Janganlah kamu menyerupai Yahudi, berpuasalah pada hari 9 dan 10 ”.



[3]. Berpuasa 2 Hari iaitu 9 dan 10 atau 10 dan 11 Muharram.

Imam Syafi`e Rahimahullah berpendapat sunnah berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 Muharram atau hari yang ke 10 dan ke 11 Muharram berdasarkan hadith dari Ibnu `Abbas Radhiallaahu`anhuma:

صُوْمُوْا التَّاسِعَ وَالْعاَشِرَ وَلاَ تُشَبِّهُوْا بَالْيَهُوْدِ

Berpuasalah kamu pada hari kesembilan, hari kesepuluh dan hari kesebelas (di bulan Muharram) dan janganlah kamu menyerupai Yahudi”. (Riwayat Ahmad dan Al Baihaqi)



Dan hadith :

صُوْمُوْا يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ وَخَالِفُوْا الْيَهُوْدَ وَصُوْمُوْا قَبْلَهُ يَوْمًا اَوْبَعْدَهُ يَوْمًا

Berpuasalah pada hari `Asyura dan janganlah kamu menyerupai Yahudi, berpuasalah pada hari sebelumnya atau sehari selepasnya”. (Riwayat Ahmad (1/241).



Dua hadith ini terdapat dalam kitab Al-Um dan juga dalam kitab Al-Jami’us Saghir karangan Imam as-Suyuti Rahimahullah.



[4]. Berpuasa selama 3 hari 9, 10, dan 11 Muharram berdasarkan hadith Ibnu `Abbas Radhiallahu ‘anhu yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah dengan lafaz sebagaimana telah disebutkan oleh Ibnul Qayyim dalam al-Huda dan al-Majd Ibnu Taimiyyah dalam al-Muntaqa 2/2:

" Janganlah menyerupai orang Yahudi dan berpuasalah sehari sebelum dan selepasnya."



Dan pada riwayat ath-Tohawi menurut pengarang Al-Urf asy-Syadzi Rahimahullah: "Puasalah pada hari `Asyura dan berpuasalah sehari sebelum dan setelahnya dan janganlah kamu menyerupai orang Yahudi."

Namun di dalam sanadnya ada rawi yang dipertikaikan. Ibnul Qayyim Rahimahullah berkata (dalam Zaadul Ma'aad 2/76):"Ini adalah darjat yang paling sempurna." Syaikh Abdul Haq ad-Dahlawi Rahimahullah mengatakan:"Inilah yang Utama.



Ibnu Hajar Rahimahullah di dalam Fathul Baari 4/246 berpendapat bahawa cara inilah yang paling utama. Antara ulama lain yang memilih pendapat puasa tiga hari (9, 10 dan 11 Muharram) ialah Asy-Syaukani (Nailul Autor 4/245) dan Syaikh Muhamad Yusuf Al-Banury dalam Ma’arifus Sunan 5/434.



Majoriti ulama Rahimahumullah yang memilih cara seperti ini adalah bertujuan supaya lebih berhati-hati. Ibnul Qudamah Rahimahullah di dalam Al-Mughni 3/174 menukil pendapat Imam Ahmad rahimahullah yang memilih cara seperti ini (selama tiga hari) pada ketika timbul keraguan dalam menentukan awal bulan.

Pada pandangan saya, yang paling baik dari ketiga kaifiat ini ialah kaifiat yang keempat, kerana berpuasa pada 3 hari tersebut akan memperolehi banyak faedah, diantaranya:

1. Mendapat ganjaran puasa sebulan penuh, sebagaimana hadith `Abdullah bin `Amr bin Al `As Radialluhanhu, dia berkata, Rasulullah Sallallaahu `alaihi wasallam bersabda : “ Tiga hari pada setiap bulan seperti puasa sebulan “

2. Puasa pada bulan ini adalah puasa yang utama setelah puasa Ramadhan, sebagaimana hadith Ibnuu `Abbas Radiallahu `anhu, dia berkata : “Saya tidak pernah melihat Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berpuasa pada suatu hari kerana ingin mengejar keutamaannya selain hari ini (`Asyura') dan tidak pada suatu bulan selain bulan ini (maksudnya: Ramadhan) “.
3. Berbeza dari orang Yahudi, sebagaimana hadith Ibnu `Abbas : “ Berpuasalah kamu sehari sebelumnya dan sehari sesudahnya “.

4. Dapat menghapus dosa-dosa setahun penuh, berdasarkan hadith Qatadah Radhiallahu `anhu, dia berkata, Rasulullah Sallallaahu `alaihi wasallam bersabda : ”Dan hari ‘Asyura dapat menghapus (dosa-dosa) setahun sebelumnya “.


0 org berani lawan cakap:

Saat-saat bersamamu