BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 1 July 2011

++ my mummy, my daddy ++

Terdapat 3 ayat di dlm al-Qur’an yg saling berulang, yg dapat kita gunakan utk mengetahui betapa bsr kedudukan ibubapa & betapa penting tuntutan utk berbuat baik kpd mereka. Ayat2 tersebut adalah:

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. [al-Nisa’ 4:36]

Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.” [al-An’aam 6:151]

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. [al-Isra’ 17:23]


Demikian juga Luqman, apabila beliau menasihati anaknya, berbuat baik kpd ibubapa diletakkannya di tangga kedua slps tauhid:

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya: “Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya.” [Luqman 31:13-14]


Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.


0 org berani lawan cakap:

Saat-saat bersamamu