BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label Aurat. Show all posts
Showing posts with label Aurat. Show all posts

Thursday, 23 December 2010

Cintailah diri sendiri..

Saya akan berkahwin dengan seorang perempuan.

Mustahil saya tidak menyayangi kaum ini. Yang menjadi isteri-isteri dan pendamping kepada lelaki. Yang menjadi pengawal kepada segala rahsia seorang lelaki. Yang menjadi guru kepada anak-anak seorang lelaki. Yang menjadi penenang dan penyejuk mata serta pendamai jiwa seorang lelaki.

Kestabilan seorang perempuan, menjamin kestabilan seorang lelaki.

Maka mustahil saya hendak membiarkan perempuan rosak, dirosakkan atau merosakkan diri mereka sendiri. Kerana mereka adalah penjaga-penjaga lelaki di satu sisi. Suami-suami memerlukan isteri-isteri yang solehah, yang baik, yang taat kepada Allah dalam rangka hendak membangunkan ummah. Tidak dinafikan isteri-isteri juga memerlukan suami-suami yang baik. Tetapi bukan sedikit lelaki yang berubah kerana cinta seorang perempuan. Maka mengapa perempuan tidak mempersiapkan diri mereka lebih sedikit untuk mengubah seorang lelaki dengan cinta?

MasyaAllah.

Saya amat menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan saya melainkan perempuan menyayangi diri mereka sendiri.Menjaga diri dari kerosakan.Menjaga diri dari kemungkaran.Mempersiapkan diri menjadi hamba Allah yang taat. Buat apa yang disuruh, meninggalkan apa yang dilarang.

Maka amat menyedihkan saya jika…

Bila sayang, akan datang ambil berat. Semestinya demikian. Saya amat hairan kalau seseorang itu menyatakan sayang kepada si fulan: “Aku sayang sangat dengan kau” kemudian dia melemparkan si fulan itu ke dalam api. Mustahil itu adalah sayang.

Maka kerana sayang itu jugalah saya akan terluka apabila melihat perempuan-perempuan berkeliaran tanpa menutup aurat.

Kerana sayang itu jugalah saya akan tercedera apabila melihat ada perempuan-perempuan tidak menjaga maruah mereka dan berpeleseran dengan lelaki tanpa segan silu.

Kerana sayang itu jugalah saya akan terasa apabila melihat perempuan-perempuan menayangkan akhlak buruk mereka.

Kerana sayang itu jugalah saya akan tercucuk dengan perempuan yang tiada rasa malu pada diri mereka.

Kalaulah perempuan tahu bahawa mereka memegang nasib dunia.

Mereka bakal ibu dan isteri. Ibu kepada anak dan isteri kepada suami. Nyatakan kepada saya bagaimana mereka ini tidak memberikan kesan kepada dunia? Semestinya mereka ini memberikan kesan. Dan kesan yang diberikan oleh kamu wahai perempuan, bukannya sedikit bahkan besar.

Sudah wujud di dalam sejarah, kerajaan hebat jatuh kerana seorang perempuan. Sudah wujud di dalam sejarah, abid hebat jatuh kerana seorang perempuan.

Apakah perempuan-perempuan memikirkan diri mereka sendiri?

Penutup: Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Tetapi…

[Maksud sayang pada saya adalah = Hendak masuk syurga bersamanya...]

...kalau tak nak masuk syurga dengan saya sekalipun, at least kamu kena lah rasa hendak masuk syurga dengan diri kamu wahai perempuan. Maka jagalah diri, persiapkan peribadi. Kamu pemegang masa hadapan dunia. Dan tiada yang memberikan kesan lebih besar terhadap dunia selain kamu wahai perempuan.

perempuan-perempuan yang berakhlak.

perempuan-perempuan yang pemalu.

perempuan-perempuan yang menutup aurat.

perempuan-perempuan yang menjaga batas pergaulan.

Wahai perempuan, tidakkah kamu memandang diri kamu berharga?

Maka jangan murahkan.

Siapkan dirimu untuk menggoncang masa hadapan dengan keimanan dan ketaatan.

Bukan dengan kehancuran dan kerosakan.

Sungguh, saya merayu di sini. Agar kamu mencintai diri sendiri.

Friday, 1 October 2010

Nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada semua muslimat


Kepada Puteriku .....

Wahai puteriku..aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun

Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, amunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.

Wahai puteriku….banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.

Semua itu berterusan aku sampaikan. Aku tulis dan
khutbahkan…..sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.

Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubhnya ditonjol-tonjolkan,
pergaulan
bebas
muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mamu mengelak.

Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yag sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya,sekarang masyaALlah!Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita
tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya?

Sebabnya ialah sehingga
hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya

Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.

Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya
untuk masuk.

Engkau berkata kepada pencuri : "Silakan masuk"…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak .."tolong….tolong...aku kecurian."

Seandaiya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalaj pencuri, pasti engkau akan berhati hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.

Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu.
Nasibseorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.

aku bersumpah lagi: "Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab.
Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab". Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong.

Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu
berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

Apakah sesudah itu puteriku? Renungkanlah!

Tuesday, 17 August 2010

Aurat.. :D

okla. nak share pasal aurat ni kan.. ;))

skrg ni org amek ringan pasal bnde ni..
bile org pakai tudung je, dikatenye baik.. solehah.. ape tah lagi, sdgkan bnde tu wajib.. kan3?
nak share r kan, ckp2 xde dalil, kalo bab agame ni, org akn persoalkan, ye x..
Diharamkan atas kamu (mengawini) ibu-ibumu; anak-anak perempuan kamu; adik beradik perempuan kamu,adik-beradik perempuan bapa kamu;adik-beradik perempuan ibu kamu; anak-anak perempuan dari adik-beradik kamu; ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam perkawinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang [an-Nisa, 4:23]

Maka di sini kita boleh ringkaskan bahawa mahram itu wujud kerana tiga sebab;

1)Mahram kerana keturunan:-
-ibu dan bapa kandung, termasuk nenek dan seterusnya ke atas.
-anak-anak kandung (anak, termasuk cucu dan seterusnya ke atas) dan anak-anak tiri yang ibu atau bapanya telah kita setubuhi
-adik beradik kandung dan adik beradik seibu atau sebapa.
-adik beradik ayah dan ibu dan seterusnya ke atas.
-anak buah iaitu anak kepada adik beradik kita

2)Mahram kerana perkahwinan
-Ibu bapa mertua iaitu ibu bapa isteri kita.
-Menantu iaitu suami atau isteri kepada anak kita.

3)Mahram kerana susuan
-mahram kerana sepersusuan sama seperti pembahagain dengan mahram kerana keturunan sebagaiman hadith Rasulullah SAW dari ‘Aisyah RA:
فإنه يحرم من الرضاعة ما يحرم من النسب
Berkata Rasulullah SAW: “Sesungguhnya diharamkan (untuk bernikah) saudara sepersusuan sebagaimana diharamkan kerana keturunan”. [Sahih Muslim:1445]


skrg nak sentuh pasal aurat dgn adik ipar / abg ipar..
yg perempuan WAJIB ttp aurat.. xkesah lah duduk serumah ke ape.. aurat ttp aurat..
tp kalo dgn mertua x pe.. mereka dah mcm ibubape kite..
lps disoal selidik, aku dpt penerangan ini:
haram nikah dengan abang ipar selagi dia masih suami kepada kakak/adik kita but kalau dorang divorce atau kakak/adik kita meninggal,kita dan abang ipar itu boleh bernikah...
kat sini dah menunjukkan bahawa,kita kena tutup aurat depan abang ipar itu kerana dia bukan muhrim selamanya,dia hanya muhrim sementara..
aurat menantu dengan mertua nie mcm dengan mak bapak kite sebab walaupun kite dah cerai,wuduk x kan terbatal dengan mertua.kite x kan boleh kawin dengan mertua @ bekas mertua...senang kate,pertalian kite x kan t'putus...


ok la.. seperti yang kite imani, rukun iman yg ke-3, BERIMAN DGN KITAB2NYA...
jika korg pecaye bnde ni, balasan yg telah tertulis dlm kitab2Nya, xkan korg nak bukak aurat sng2.. peringatan utk diri sendiri jugak, sbb manusia ni perlu diberi peringatan..trmasuklah aku sndiri.. jdikan Ramadhan sbg permulaan utk berubah, iALLAH.
kalo salah, cakap sndiri, inbox la kan.. sbb nak ckp dpan2 takut trase or salah cakap.. better than mengutuk aku belakang2.. aku pon x sedar, mne salah aku.. mintak maaf jika tersilap / terksar bhs.ok.. ;))

wallahua'lam

Saat-saat bersamamu